Tuesday, 11 October 2011

hamba yang berdosa

"Aku adalah seorang yang banyak berbuat maksiat, tapi aku 

ingin bertaubat kepada-Nya, apakah Tuhan masih mahu 

menerima dan mengampuniku?"

 

Sebanyak apa pun dosa-dosa yang telah kita lakukan, 

janganlah kita berputus asa mengharap rahmat dan 

ampunan-Nya. Apabila hati kita sudah mengeras membatu, 

yang membuat hati kita sukar khusyu' ketika mengingat-Nya, 

janganlah kita berhenti berharap kepada-Nya.

Allah Maha Mengetahui

Allah lebih mengetahui apa yang memudaratkan kita berbanding diri kita sendiri. justeru, apabila Allah melarang sesuatu sama ada yang berbentuk benda, perkara atau perbuatan maka pasti ia membawa kemudaratan.. Oleh itu, setiap tegahan-Nya bukan untuk menyusahkan apatah lagi menzalimi manusia tetapi demi kebaika hamba-Nya jua...