Friday, 12 July 2013

Maaf Anakku! Mereka Tidak Mesra Denganmu

Maaf Anakku! Mereka Tidak Mesra Denganmu

MAAF ANAKKU! MEREKA TIDAK MESRA DENGANMUProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Minggu ini saya pulang sekejap ke tanahair. Bukan cuti, tetapi kerana menyambut kehadiran bayi baru. Segala puji bagi al-Wahhab; Tuhan Yang Maha Pemberi. Setiap ibubapa berdoa agar bayi yang lahir ke dunia sihat dan sejahtera. Islam tidak pernah membezakan nilai antara bayi lelaki dan perempuan. Sekalipun ada beberapa hukum yang berbeza antara lelaki dan wanita, tetapi itu tidak merujuk kepada nilai, sebaliknya kepada latar fizikal dan psikologi setiap gender.

Allah mengutuk masyarakat jahiliah Mekah yang merasa hina dengan kelahiran bayi perempuan. Firman Allah:
(maksudnya) dan apabila dikhabarkan kepada seseorang mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, hitamlah (muram) mukanya sepanjang hari dalam keadaan dia menahan perasaan marahnya. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (malu) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang memperolehi anak perempuan, sambil dia berfikir) adakah dia akan memeliharanya, atau dia akan memasukkannya ke dalam tanah? Ketahuilah! sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu”. (Surah al-Nahl: 58-59).
Petua
Ada petua kononnya menyatakan jika ibu selalu baca Surah Maryam, maka akan dapat anak perempuan dan jika selalu membaca Yusuf akan mendapat anak lelaki. Inilah petua rekaan segelintir ‘ahli motivasi’ yang cuba menarik perhatian mereka yang minat agama.
Pemberi kurnia bayi lelaki ataupun perempuan hanya Allah. Dia Penentu mutlak. Bilakah Allah berfirman ataupun berjanji sesiapa yang membaca surah tertentu maka akan dikurnia jantina anak menurut pilihannya. Ketentuan jantina atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui. Hanya doa yang mustajab sahaja yang dinaskan dalam hal ini. Sedang isteri ‘Imran yang bercita-cita untuk mendapat anak lelaki dengan nazar untuk dijadikan orang yang berkhidmat sepenuh masa kepada agama Allah, dikurniakan anak perempuan. Firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran:
“(ingatlah) ketika isteri ‘Imran berkata: “Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadamu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. Maka apabila dia melahirkannya, dia berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedangkan aku harapkan anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dia lahirkan – dan lelaki bukan seperti perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku memohon untuknya perlindunganMU, demikian untuk zuriat keturunannya dari syaitan yang kena rejam”. (35-36)
Mesra
Islam memberikan persekitaran yang mesra dan selesa kepada perkembangan seseorang anak. Islam tidak pernah melayankan kanak-kanak dengan layanan yang hina seperti yang dilakukan oleh sebahagian ahli masjid. Islam tidak pernah menjadikan anak kecil penghalang antara seorang dengan Allah. Kata Abu Qatadah al-Ansari:
“Rasulullah s.a.w pernah solat sambil mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulillah, anak kepada (suaminya) Abi al-‘As bin Rabi’ah bin ‘Abd Shams. Apabila baginda mahu sujud baginda meletakkannya. Apabila bangun baginda mendukungnya kembali” (Riwayat al-Bukhari).
Inilah kemesraan agama dengan kehidupan kanak-kanak. Kemesraan seperti ini tidak kelihatan dalam kejumudan fikiran sesetengah orang yang enggan melihat agamanya dari jendela sunnah Nabi s.a.w tetapi lebih selesa dengan ikutan golongan yang keras dan menghukum agama menurut perasaan mereka yang hambar. Dalam hadis sahih riwayat Abu Ya’la, Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan al-Nasai, Rasulullah s.a.w pernah sujud begitu panjang dalam satu solat disebabkan cucu baginda al-Hasan atau al-Husain -rawi hadis tidak pasti- menaiki tengkuk baginda ketika sedang sujud. Sahabat kehairan dan bertanya sebab. Baginda menjawab:
“Sesungguhnya anakku (cucuku) telah menjadikan aku tunggangannya. Aku tidak suka mengganggunya sehingga dia tunai hajatnya”.
Suasana yang mesra ini telah melahir generasi muda yang mewarisi generasi tua yang sentiasa merasakan tiada dinding penghalang antara mereka dan agama ini. Sejak dari kecil mereka diraikan. Sabda Nabi s.a.w:
“Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku mensegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya” (Riwayat al-Bukhari).
Dihalau Ke Belakang
Kita mendengar kanak-kanak yang sudah pun boleh bersolat dihalau oleh orang tua ‘berlagak pandai’ ke belakang. Kemudian menengking anak-anak kerana tidak serius dalam solat. Apa tidaknya, mereka bersama saf dengan kanak-kanak yang lain. Tentu kenakalan itu kadang-kala muncul. Jika mereka duduk di samping bapa mereka tentu mereka dapat dididik adab solat berjemaah. Untuk menghalalkan perbuatan tidak mesra kanak-kanak itu dipilihlah fatwa yang menyatakan kanak-kanak belum berkhatan itu najis. Satu saf akan batal sebab bawah kulit kanak-kanak itu ada najis.
Saya selalu bertanya: “apakah bawah kulit orang tua dan dalam perut orang tua tiada najis?!! Jangan memilih pendapat-pendapat fekah yang menyusahkan dan menghilangkan semangat dakwah Islam sedangkan kita mempunyai banyak pilihan pendapat yang lebih munasabah.
Ketika Ibn ‘Abbas masih kanak-kanak, beliau bercerita:
“..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari).
Kata Anas bin Malik :
“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).
Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.
Didik
Kita diperintahkan menyuruh anak-anak bersolat ketika berusia tujuh tahun sebelum memukulnya dengan tujuan mendidik pada usia sepuluh tahun. Sabda Nabi s.a.w:
“Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).
Ertinya ketika berusia tujuh tahun saban hari sebanyak lima waktu dia mendengar perintah bapa atau ibunya‘marilah bersolat’. Ertinya, selama tiga tahun lamanya dia akan mendengar seruan kepada solat dengan penuh cinta dan manja. Tanpa kekerasan, tanpa paksaan. Pujukan demi pujukan. Sehingga solat sebati dengannya dan dia mengasihi solat.
Solat diingati bersama hubungan kasih sayang ibubapa yang berbicara dan memujuknya setiap kali azan berkumandang. Mungkin pelbagai upah dan janji diberikan. Tidak dipukul melainkan setelah tiga tahun melalui tempoh ini. Jika dia dipukul pun setelah berusia sepuluh tahun, dia akan faham itu adalah pukulan kasih dan cinta. Dia bermesra dengan bapanya yang akan membawanya ke tempat solat. Dia mempelajarinya dari pelajaran dan teladan.
Jika bapanya bersolat di masjid dia bersama bapanya bersolat. Dia memerhati dan melihat pergerakan bapanya. Bagaimana rukuk, sujud dan segala pergerakan yang lain. Jika dia dihalau jauh ke belakang bersama anak-anak lain yang tidak tahu sepertinya, apakah yang dapat dia pelajari?! Ada masjid menempatkan saf kanak-kanak bagaikan ‘makhluk jijik’ yang tidak boleh sentuh. Kemudian mereka mungkin bising sesama mereka, maka akan ada orang dewasa yang menengking dan menghalau mereka balik.
Bahkan perbuatan orang tua menghalau kanak-kanak dari saf dan mengambil tempat mereka telah menyanggahi adab Islam yang diajar oleh Nabi s.a.w
“Jangan seseorang membangunkan orang lain dari tempatnya, kemudian dia duduk di situ” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Perbuatan menyakitkan hati bapanya, merisaukannya dan menjadikan anak-anak yang sudah tahu bersolat itu merasa betapa mereka tidak diraikan dalam agama ini.
Adab
Namun ini bukan tidak bererti anak-anak dibiarkan membuat bising dan mengganggu orang lain yang sedang bersolat, sebaliknya mereka dididik dan ditegur dengan cara yang baik oleh ibubapa dan masyarakat. Masjid juga bukan tempat ibubapa melepaskan tanggungjawab anak-anak bising di rumah dibawa untuk bising di masjid. Cuma pastikan mereka tidak dilayan dengan cara yang menyebabkan mereka membesar dalam keadaan merasakan institusi agama amat tidak mesra dengan mereka. Kadang-kala mereka bising disebabkan cara kita mengatur mereka, hal ini mesti dibaiki.
Anak-anak membesar dalam agama ini dengan didikan yang lunak. Kata sahabiyyah Nabi s.a.w yang bernama al-Rubaiyyi’ binti Muawwiz:
“..selepas itu kami pun berpuasa dan menjadikan anak-anak kecil kami berpuasa. Jika Allah kehendaki, kami juga pergi ke masjid membawa mereka. Kami buat untuk mereka mainan dari bulu berwarna. Jika mereka menangis lapar kami berikan mainan tersebut sehingga sampai waktu berbuka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban).
Demikian agama ini berkembang dalam kehidupan anak-anak dengan pujkan. Ia tidak berkembang dengan kebencian dan anggapan mereka itu pengacau dan seumpamanya. Mereka dididik dan dikawal agar tidak mengganggu orang lain, namun dengan mesra. Jika masih tidak terkawal, barulah ibubapa sepatut tidak membawa ke masjid atau selainnya. Kadang-kala sikap masyarakat menyebabkan ibubapa rasa bersalah tanpa sebab apabila membawa anak ke masjid. Maaf anakku, mereka itu tidak mesra denganmu! Namun, itu bukan ajaran Nabimu…

PUCUK GAJUS


Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus. Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus iaitu:

1. Makan Begitu Sahaja - - Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya. Jadikan pucuk gajus sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.

2. Minum Air Rebusan - Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan. Rebus pucuk gajus sehingga mendidih. Apabila sudah mendidih, anda biarkan ia suam dan minum air rebusan tersebut.

NOTA: Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ini setiap hari jika terdaya. Sebabnya, ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.



Tuesday, 9 July 2013



FADHILAT MENCIUM ANAK

:: Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

:: Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.

:: Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

:: Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

:: Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

:: Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

:: Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

:: Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

:: Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
(Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim)


Monday, 8 July 2013

Petua Dan Tips Untuk Menigkatkan Dan Menguatkan Daya Ingatan:

Petua Dan Tips Untuk Menigkatkan Dan Menguatkan Daya Ingatan:



* Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
* Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
* Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
* Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
* Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.
* Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
In Shaa Allah, niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang diberkati!

Petua Agar Rumahtangga Sentiasa Aman

Petua Agar Rumahtangga Sentiasa Aman

Orang tua-tua berpesan kepada kaum wanita agar sentiasa hidupkan suasana iman dan amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan, maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah s.w.t. , rumahtangga akan dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita.

Amalannya ialah:-

1. Solat di awal waktu.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. Al-Quran hendaklah khatam 2 kali setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Di samping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah, kita dapat mengingati Allah s.w.t.

Dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, iaitu "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar".

Jika mampu atau berkesempatan, boleh di sambung "Wa lah hawlawalaquwataillabillahi 'aliyil'azim" 100 kali.

Selawat ke atas Nabi 100 kali dan beristighfar 100 kali.

Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun, yakni doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan seperti masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dan sebagainya.

3. Mendidik anak secara agama dan sunnah.


4. Hidup sederhana walaupun kaya dengan wang dan harta.