Sunday, 29 September 2013
Ciri-Ciri Lelaki Soleh dan Wanita Solehah...
Ciri-ciri Lelaki mithali
1) Solat 5 waktu berjemaah
2) Munajat dan rajin berdoa dengan sepenuh hati.
3) Menguasai halal dan haram dan menjaganya.. *ROKOK*
4) Prihatin soal fesyen dan patuh syari'ah.
5) Pandai komunikasi dengan sebaya, yang atasan dan bawahan.
6) Pandai wat keputusan
7) Tahu teknik berbincang
Mengawal perbalahan
9) Menjaga penmpilan
10) Bijak berbelanja
11) Bukan kaki game..huhu
12) Tidak terlalu kuat melepak dengan kawan.
13) Tidak terlalu giler dengan bola @ sukan.
14) Tidak bakhil
Ciri-ciri Muslimat Mithali.
1) Solat 5 waktu awal waktu
2) Baik hati dan benci mengumpat
3) Rajin kongsi ilmu
4) Berpakaian patuh syari'ah dan tidak pakai haruman di luar rumah
5) Menjaga Ikhtilat, tidak berkomunikasi dgn terlalu kerap dgn ajnabi, dgn msj @ wassap @ chat..
6) Tidak murah senyuman pada ajnabi
7) Hendaklah menyerahkan urusan peribadi kepada wali.. "Rujuk ayah ana.."
Monday, 16 September 2013
Petua Untuk Sentiasa Bersyukur Setelah Berjaya Dalam Hidup
Petua Untuk Sentiasa Bersyukur
Setelah Berjaya Dalam Hidup
1. Elakkan daripada mudah mengkritik orang lain yang masih belajar dan baharu bermula.
2. Elakkan berasa bangga diri dengan pencapaian dan harta yang dimiliki.
3. Kurangkan penggunaan perkataan “saya” dalam percakapan dan penulisan. Biasanya, orang yang menggunakan perkataan saya dalam penulisan ada sifat ‘keakuan’ dan bangga diri (walaupun tidak berniat). Cukup memadai menyampaikan informasi dan perkongsian ilmu tanpa perlu berbahasa “saya”.
4. Ringankan tangan untuk membantu orang lain berjaya pula.
5. Ringankan tangan untuk berkongsi ilmu dengan menulis atau lain-lain cara.
6. Kembalikan segera segala pujian dan pujaan daripada manusia, kepada yang lebih berhak iaitu Allah s.w.t. Pujian yang berlebih-lebihan adalah kuman yang amat berbisa mampu memusnahkan jika tidak diurus dengan baik.
7. Harta yang banyak dan pencapaian yang sudah berjaya dicapai adalah satu ujian.
8. Jangan merendah-rendahkan pencapaian kecil orang lain. Semua orang bermula dari bawah sebelum mencapai tahap teratas.
9. Bersyukur, bersyukur dan bersyukur pada setiap masa.
10. Awasi sifat kedekut. Ada segelintir orang yang banyak duit mahu ‘benda percuma’ sahaja.

Sunday, 15 September 2013
Tanggungjawab Suami oleh Imam GHAZALI
Tanggungjawab Suami oleh Imam GHAZALI
1. Mengadakan walimah - Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum, agar tak timbul fitnah. Rasulullah memerintahkan agar dibuat kenduri perkahwinan walaupun dengan seekor kambing.
2. Berakhlak baik dengan isteri - Walaupun isteri tu wajib dengar cakap suami tetapi bukan makna suami boleh buat sesuka hatinya. Rasulullah memerintahkan agar isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Kalau ada apa tak kena, tegur dengan lembut, bincang sama-sama. Jangan aibkan isteri.
3. Meraikan isteri - Suami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Layan isteri baik-baik. Tidak perlu bagi kemewahan, cukuplah dengan kata-kata yang baik, perbuatan yang baik.
4. Cemburu, tetapi jangan cemburu buta - Cemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah satu ciri-ciri pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tetapi cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga menimbulkan prasangka. Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok-elok dan menutup aurat, melarang isteri ke tempat-tempat maksiat, dan lain-lain.
5. Sederhana dalam memberi nafkah - Maksudnya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Berpada-padalah. Tidak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta, tetapi biarlah mengikut lunas-lunas syarak dan janganlah membazir.
6. Menggauli isteri dengan sebaik-baik adab - Menggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri mestilah mengikut adab. Frekuensi hubungan seks juga harus dijaga, sebagaimana saranan Rasulullah, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana.
7. Tidak membuka rahsia suami-isteri - Rasulullah bersabda “Bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah.” Rahsia dan keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya.
8. Setia - Semua pasangan perlukan kesetiaan. Ini amat penting.

Subscribe to:
Posts (Atom)