IMAM GHAZALI dalam kitab nya "Dibalik Tabir Kematian"
Diceritakan ada seorang pemuda yang tinggal dikota baghdad , Lelaki ini pernah didalam keadaan yang berdosa dan apabila ketika dia meninggal dunia dengan keadaan dosa-dosa yang banyak. Pada ketika itu juga dimana tiada seorang pun yang datang untuk memandikan jenazah dan melaksanakan solat jenazah untuk nya.
Diwaktu mana isterinya datang meminta orang disekitar kampung untuk melakukan solat bagi suami nya. Lalu katalah isteri lelaki itu, “datanglah untuk memandikan dan menyembahyangkan jenazah suamiku”.
Tapi tiada seorang pun yang datang, lalu isterinya berada ditepi jalan dan meminta kepada orang ramai supaya menyembahyangkan suami nya. Pada petang harinya, isterinya membawa dan mengheret suaminya ke hujung kota yang terdapat bukit dan ada sebuah rumah diatas bukit tersebut untuk mengebumikan suaminya.
Tiba-tiba dihujung bukit itu terdapat seorang alim yg soleh , kemudian dia turun dan melihat seorang perempuan yang sedang mengebumikan jenazah suaminya, lalu alim yang soleh itu bertanya, “jenazah suami kamu?” Isteri itu menjawab, “Ya jenazah ini adalah suamiku”. Lalu orang alim yang soleh ini mengangkat takbir untuk menyembahyangkan jenazah suami perempuan tersebut dan ketika orang alim yang soleh itu mengangkat takbir. Lalu diketahui oleh penduduk Kota Baghdad, kemudian penduduk sekitar datang dan menyembahyangkan jenazah tersebut dan apabila mereka selesai melaksanakan solat jenazah.
Mereka bertanya kepada orang alim yang soleh ini , “Kenapa kamu menyembahyangkan jenazah lelaki ini sedangkan dia banyak buat dosa?” Lalu orang alim ini berkata “Aku bermimpi semalam ,pada petang ini akan datang satu mayat yang akan dibawa oleh seorang perempuan, sesungguhnya Allah SWT telah mengampunkan dosa orang tersebut dan Allah mengarahkan aku menyembahyangkan jenazah tersebut”. Lalu orang ramai bertanya lagi, “Apa yang menyebabkan Allah SWT mengampunkan dosanya dan bagaimana allah boleh mengampunkan dosanya?.“ Kemudian orang alim tersebut menjawab, “Saya pun tak tahu bagaimana Allah SWT boleh mengampun dosa lelaki itu”
Orang alim tersebut bertanya pula pada isteri jenazah tersebut , “Apa yang menyebabkan Allah SWT mengampun dosa-dosa suami kamu?” Isteri tadi terdiam dan kemudian menjawab, “Sesungguhnya suamiku seperti yang kalian tahu , dia adalah orang yang melakukan kezaliman, minum arak sehingga mabuk. Terdapat 3 amalan iaitu ketika pagi subuhnya dia mendengar azan subuh, lalu dia bangun dan mandi dan sembahyang subuh berjemaah”. Amalan kedua suami saya tiap-tiap hari, akan datang anak yatim piatu kemudian suami saya akan layan mereka lebih dari anaknya sendiri. Ketiga suami saya apabila terjaga diwaktu tengah malam walaupun mabuk, dia akan bangun dan akan solat sunat. Dia sujud dan dia menangis pada Allah. Kemudian dia mengangkat tangan nya dan berkata ”Disudut neraka manakah yang kamu akan bakarkan aku, Ya Allah? Dengan dosa-dosa yang mengunung ini Ya Allah?”.
Lalu jawab alim yang soleh ini, “Kerana inilah dosa suami kamu diampun oleh Allah SWT”.
PESANAN: Jangan tanggung-tangguh taubat anda sesungguhnya Pintu taubat Allah SWT terbuka luas bagi kita. Allah maha pengampun ,lagi Maha Penyayang. La Tahzan, Innallaha Ma’ana!
Thursday, 5 April 2012
Wednesday, 4 April 2012
Mengapa manusia perlu sombong
Maka mengapa manusia perlu sombong? Sombong dalam segala aspek kehidupan, daripada segi hartanya, keluarganya, pangkat dan kekuasaannya dan ilmunya.
Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya daripada saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." - Surah As-Sajadah: Ayat 7-9
Sekiranya manusia merasakan dirinya hebat dengan adanya pangkat dan kekuasaan, silaperhatikan daripada apa ia diciptakan?
Bukankah sperma melalui zakar yang berkongsi dengan air kencing?
Manusia berkongsi tempat dengan saluran najis kencing, hinakah manusia?
Tidak kira siapa pun juga, Presiden Amerika, Russia, China mahupun Sultan, Perdana Menteri hatta para Nabi a.s. sekalipun melalui proses yang sama kecuali Nabi Adam a.s., Hawa dan Nabi Isa a.s.
Akan tetapi, Allah yang Maha Agung telah mengangkat manusia menjadi makhluk yang mulia dan memberi gelaran yang terbaik. Pangkat yang terbaik dan mengatasi segala gelaran atau pangkat yang diberikan oleh manusia.
Pangkat dan gelaran terbaik itu selain para Nabi dan Rasul, adalah Muslim dan kemuliaan yang paling mulia adalah manusia yang paling bertakwa di sisi Allah yang Maha Agung.
Perlu diingat, manusia tidak dapat mengatasi ketakwaan para Nabi dan Rasul kerana mereka adalah maksum.
Subscribe to:
Posts (Atom)