Maka mengapa manusia perlu sombong? Sombong dalam segala aspek kehidupan, daripada segi hartanya, keluarganya, pangkat dan kekuasaannya dan ilmunya.
Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya daripada saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." - Surah As-Sajadah: Ayat 7-9
Sekiranya manusia merasakan dirinya hebat dengan adanya pangkat dan kekuasaan, silaperhatikan daripada apa ia diciptakan?
Bukankah sperma melalui zakar yang berkongsi dengan air kencing?
Manusia berkongsi tempat dengan saluran najis kencing, hinakah manusia?
Tidak kira siapa pun juga, Presiden Amerika, Russia, China mahupun Sultan, Perdana Menteri hatta para Nabi a.s. sekalipun melalui proses yang sama kecuali Nabi Adam a.s., Hawa dan Nabi Isa a.s.
Akan tetapi, Allah yang Maha Agung telah mengangkat manusia menjadi makhluk yang mulia dan memberi gelaran yang terbaik. Pangkat yang terbaik dan mengatasi segala gelaran atau pangkat yang diberikan oleh manusia.
Pangkat dan gelaran terbaik itu selain para Nabi dan Rasul, adalah Muslim dan kemuliaan yang paling mulia adalah manusia yang paling bertakwa di sisi Allah yang Maha Agung.
Perlu diingat, manusia tidak dapat mengatasi ketakwaan para Nabi dan Rasul kerana mereka adalah maksum.
No comments:
Post a Comment