Universiti sepatutnya menjadi medan untuk mahasiswa membina dirinya baik dari aspek ilmunya, kemahiran dirinya dan juga rohaninya.
Alangkah dukacitanya masa depan negara dan ummat memiliki para pemuda pemudi yang sepatutnya datang ke universiti untuk membina dirinya, tetapi menghabiskan masa dengan dosa dan kerosakan.
Berpacaran sebelum ada hubungan yang sah atau bercouple itu nikmatnya cuma sementara. Bukan saja bertentangan dengan perintah Allah, bahkan belum tentu pun akan dapat berkahwin dengan pasangan couple itu.
Fikirlah 15-20 tahun ke depan. Kita boleh seronok memiliki pasangan sebelum bernikah sekarang, boleh keluar dating, makan berdua-duaan, berpegangan tangan dan sebagainya tetapi masa depan kita sendiri, dengan apa kita hendak isi?
Bercinta, bernikah bukan untuk keseronokan diri semata-mata, tetapi kita perlu fikir juga bahawa dari semua itulah akan membawa kepada pembentukan ummah. Bagaimana hendak membentuk ummah yang baik kalau cara bina rumah tangga saja sudah melanggar perintah Allah? Bagaimana hendak membentuk ummah yang baik kalau kita sendiri tidak persiapkan diri kita dengan bekalan-bekalan untuk mendidik keluarga, anak-anak kita nanti?
Fikir panjanglah bila buat sesuatu. Jangan terperangkap dengan keseronokan sementara.
No comments:
Post a Comment