Perkara asas yang penting yang melibatkan duit:
1. Pra-Perkahwinan
Biasanya persiapan perkahwinan seperti kad jemputan, perjalanan pergi dan balik rombongan, tempat penginapan, perabot pengantin, setem dan banner (jika perlu) diambilkira dalam hantaran perkahwinan.
a. Kad Jemputan
b. Perjalanan pergi dan balik rombongan / Tempat Penginapan
Bagi pihak pengantin yang akan dating bertandang, perlulah sediakan tempat penginapan yang selesa dan sesuai untuk mereka berehat setelah penat datang dari jauh. Anggaran kos dalam RM 300 untuk 1 hari 1 malam biasanya untuk rumah tumpangan. Tapi, kalau ada rumah sedara mara yang dekat dan selesa, himpunkan je la dorang ni di sana dulu.. Jimat kos. Kalau rombongan cik kiah datang dengan bas, korang kena lah bajet ratus2 untuk tempat penginapan dan perjalanan pergi dan balik..hehehe...
c. Banner Pengantin
Ini hanya untuk yang ada lebih kos, mampu buat ini. Anggaran dalam RM 40-RM100. Hanya untuk hiasan sahaja.. Jika mahu jimat kos, xperlu buat.
d. Perabot
e. Bunga telur / Door Gift
Promosi bunga telur Butterfly RM 1.90 sebatang namun harga boleh di runding mengikut kuantiti yang dipesan dan terdapat dalam pelbagai warna. Bunga telur daripada stokin dalam harga RM 1.80 sebatang. Bunga telur / Door gift dianggarkan berjumlah RM RM1500- RM1800 untuk 1000 orang tetamu. Kalau nak jimat, bagi bunga telur pada yang tua-tua je..budak2 bagi gula2..hehehe..
teringat zaman kanak-kanak bila musim perkahwinan, mesti dapat telur yang digulung dengan tisu.. jimat kos.. sesiapa yang nak jimat kos boleh la cuba idea macam ni.. ala..telur je yg dimakan.. xdenye org nk makan bungkusan yang cantik2 tu...hehehe...
2. Andaman /Pelamin
Andaman biasanya diperlukan untuk hiasan pelamin dan bilik pengantin serta menyerikan wajah pengantin. Biasanya mak andam/pak andam/pakmak andam datang dengan pelbagai pakej. Ada yang menawarkan khidmat Andaman pengantin berserta dengan hiasan pelamin, hiasan bilik tidur pengantin, persalinan baju pengantin dan hiasan bunga pahar hanya untuk tetamu terhormat. Biasanya anggaran dalam RM1500-RM2500.
3. Fotografi
Sesi fotografi adalah paling diminati oleh setiap pasangan yang berkahwin. Foto dapat mengabadikan kenangan perkahwinan dan saat-saat manis ketika dinikahkan didalam album gambar. Banyak jurufoto yang menawarkan potongan harga yang menarik untuk satu sesi gambar indoor dan outdoor. Anggaran kos bagi sesi foto adalah dalam RM800-RM1500. Perlu diingatkan, perlu pilih jurufoto yang berkaliber (berpengalaman), dan jangan pula membayar habis duit foto sebelum jurufoto siap lakukan tugasnya (bayaran 50% dahulu sebagai wang pendahuluan). Nanti lesap terus dengan gambar2 yang diambil.
4. Makanan / Khemah
a. Makanan
Bagi saya, memang dapat jimat jika makanan disediakan secara bergotong-royong bersama jiran tetangga. Tetapi, pada masa kini, amalam tersebut jarang dilakukan..jalan mudah, adalah dengan mengupah membuat catering semasa majlis perkahwinan yang dikira mengikut kepala. Contoh 1000 orang x RM8.00 satu kepala adalah dalam anggaran RM8000. Ada paling murah RM5000 (1 kepala dikira RM5).. kena pndai cari tauu!!..Duit hantaran paling banyak dileburkan adalah untuk makanan dan khemah. RM8.00 biasanya dihidangkan dengan hidangan asas, peralatan sajian, dan hidangan pengantin. Tetapi ada juga yang menawarkan pakej hidangan asas, peralatan sajian, kek tiga tingkat, set PA system +DJ, hidangan pengantin, 2VVIP Dome Set, Fotografi, Pelayan Sajian dan Kumpulan Kompang (tidak termasuk dengan khemah). Apa yang perlu anda lakukan, terus mencari dan mencari perkhidmatan yang murah tetapi selesa dan cantik untuk majlis yang akan berlangsung.
b. Khemah
Harga 1 buah khemah berserta kerusi dan meja adalah dalam RM150-RM200. Disekitar klang adalah dalam RM200. khemah biasanya tidak perlulah sampai 10 buah. Kalau artis xpela..hehe.. cukuplah sekadar 4-6 buah sahaja mengikut keperluan. Anggaran kos RM800-1500 untuk 6 buah khemah.
5. Hiburan
Hiburan seperti kompang, silat, PA system +DJ yang akan menyerikan suasana semasa majlis, tarian asli dan sebagainya adalah terpulang kepada pihak pengantin sama ada mahu atau tidak. Biasanya anggaran untuk kompang /silat adalah dalamRM 250-RM 300. DJ pula dalam anggaran RM350-400.
Saya ambil anggaran kasar sahaja dan yang paling RENDAH:
RM 150 – Kad jemputan bagi 1000 orang tetamu
RM 40- Banner
RM 0- Penginapan dirumah saudara mara
RM 1500 – Perabot baru bilik pengantin
RM 1500 – Door gift / Bunga telur bagi 1000 orang tetamu
RM 1500 – Andaman / Persalinan / Hiasan Bilik Pengantin
RM 800 – Foto
RM 5000 – Catering / Makanan
RM 800 – Khemah/ kerusi dan meja
RM 250 –Silat / Kompang
RM 300- DJ +PA Sistem
Jumlah keseluruhan: RM 11,840 (Jika perabot, banner dan PA system tidak diperlukan sila tolak RM 1840 dan jumlah kos anggaran adalah genap RM10,000)Amacam???
Saya ambil anggaran kasar sahaja dan yang paling TINGGI:
RM 500– Kad jemputan bagi 1000 orang tetamu
RM 100- Banner
RM 300- Penginapan dirumah tumpangan
RM 2000 – Perabot baru bilik pengantin
RM 1800 – Door gift / Bunga telur bagi 1000 orang tetamu
RM 2500 – Andaman / Persalinan / Hiasan Bilik Pengantin
RM 1500 – Foto
RM 8000 – Catering
RM 1500 – Khemah/ kerusi dan meja
RM 300 –Silat / Kompang
RM 400- DJ +PA Sistem
Jumlah keseluruhan: RM18,900
No comments:
Post a Comment