IMAM ABU HANIFAH RAHIMAHULLAH
RIWAYAT HIDUP
A) Nama
sebenar Imam Abu Hanifah ialah Nokman Bin Thabit. Beliau berketurunan parsi
B)Beliau
digelar Abu Hanifah kerana:
v Beliau mempunyai anak lelaki bernama
Hanifah ,lalu beliau digelar Abu Hanifah (bapa Hanifah)
v Beliau seorang yang kuat beribadat
kepada Allah.Oleh itu digelar Hanifah yang bermaksud cenderung dalam agama.
v Beliau sangat rajin menulis ilmu-ilmunya.Beliau
rajin membawa tempat dakwat (dalam bahasa arab bermaksud hanifah), ke mana
sahaja.
v Beliau dilahirkan pada tahun 80 hijrah
bersamaan 699 masihi di Kufah,Iraq, semasa pemerintahan khalifah bani umaiyah,
Abdul Malik bin Marwan.
v Bapanya bernama Thabit bin Zuta ialah
seorang saudagar .Oleh itu, Abu Hanifah menurut jejak langkah bapanya menjadi
saudagar menjual batu ubin yang dihasilkan sendiri.
KELEBIHAN IMAM ABU HANIFAH.
a)
Imam Abu Hanifah sangat berminat kepada ilmu pengetahuan. Beliau sangat rajin
mempelajari ilmu-ilmu yang belum diketahuinya dan mengajarkannya kepada orang
lain.
b) Beliau
terkenal sebagai seorang yang kaya dan berilmu tetapi dermawan,amanah serta
kuat beribadat.
c) Beliau
sangat bijak berebahas untuk mencari kebenaran.Beliau terkenal dengan
kepintaran mengeluarkan hukum apabila dikemukakan permasalahan kepadanya.Imam
Syafie sewaktu ditanya mengenai Abu Hanifah : "tidak ada wanita yang dapat
melahirkan seorang anak yang bijak seperti Abu Hanifah.
PENDIDIKAN
a)
Abu Hanifah lahir kira-kira 70 tahun setelah kewafatan nabi.Oleh itu, beliau
sempat bertemu dan belajar daripada beberapa orang sahabat nabi yang masih
hidup. Antaranya ialah Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Ufa,Sahal bin Abi Saad,dan
lain-lain lagi.
b) Beliau
mempelajari ilmu daripada kira-kira 200 orang guru,termasuk para sahabat dan
tabiin.
c) Beliau
mempelajari ilmu al-quran dan menghafaz al-quran serta hadis-hadis. Beliau juga
mahir dalam ilmu sastera,serta ilmu usuludin (tauhid).
KETINGGIAN AKHLAK
a)
Abu Hanifah sangat menghormati guru. Beliau sering memberi hadiah kepada
guru-gurunya.
b)
Beliau juga seorang yang sangat pemurah.Jika membeli barang, ia akan membayar
dengan harga yang mahal supaya penjual mendapat harga yang terbaik.
Tetapi apabila ia menjual, ia akan memberikan harga yang murah untuk
meringankan beban si pembeli.
c)
Beliau sangat menjaga martabat dan maruah dirinya sebagai ulama.Pernah beliau
dipujuk untuk memegang beberapa jawatan penting dalam pemerintahan tetapi
semuanya ditolak kerana takut dirinya dipergunakan oleh khalifah-khalifah untuk
kepentingan mereka. Apabila beliau melihat ramai ulama mendekati khalifah untuk
tujuan-tujuan tertentu, beliau menjauhkan diri daripada ulama-ulama tersebut.
d)Beliau
bukan seorang yang pendendam dan sering mendoakan orang-orang yang benci
kepadanya.
UJIAN KE ATAS IMAM ABU HANIFAH
a) Beliau
pernah dipenjarakan oleh khalifah pada zamannya kerana menolak jawatan sebagai
jurutulis surat-surat rasul dan menandatanganinya.
Ia
berkata: "Tidak mungkin nanti aku akan menulis surat untuk memancung leher
seorang Islam dan menandatanganinya. Demi allah aku tidak turut campur
urusanitu."
b)
Beliau pernah dipenjara dan disebat 100 rotan kerana menolak jawatan hakim di
Kufah. Ia berkata, "Rotan ini lebih baik daripada aku kena cemeti Allah di
akhirat."
c)
Seterusnya, beliau pernah dipenjara lagi oleh khalifah Abu Jaafar al-Mansur
kerana Abu Hanifah enggan menerima jawatan hakim di Baghdad. Di dalam penjara,
beliau diseksa dengan pelbagai seksaan.
Beliau kemudiannya dibawa menghadap Khalifah Abu Jaafar kerana masih enggan
menerima jawatan itu walaupun setelah dipenjarakan. Beliau diberi minum racun
dan dibawa balik ke penjara.
Apabila menemui ajal, beliau sujud
kepada Allah dan terus wafat iaitu ketika berusia 70 tahun dalam bulan rejab
150 hijrah bersamaan 767 masihi dan dikebumikan di perkuburan Hizran.
SUMBANGAN ABU HANIFAH.
a)
Beliau tidak suka murid-muridnya bertaklid, tetapi digalakkan menggunakan
fikiran atau dalil-dalil tentang sesuatu hukum.
b)
Beliau merupakan seorang ulama yang banyak berpegang kepada fikiran dalam
menetapkan hukum kecuali ada dalil-dalil yang kuat. Inilah yang
menyebabkan beliau tidak termasuk dalam golongan periwayat hadis.
c) Karya besar
yang ditinggalkan oleh Imam Hanafi yaitu Fiqh Akhbar, Al ‘Alim Walmutam dan
Musnad Fiqh Akhbar.
Cerita Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nukman berdebat dengan seorang pemuda bernama Dahri yang diutuskan oleh Maharaja Rom untuk mencabar semua ulama yang hebat-hebat untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Dahri ini..Ternyata tujuan si Dahri ini adalah untuk menyesatkan semua umat Islam pada zaman itu untuk tidak percaya kepada kewujudan Tuhan..Bayangkan telah ramai ulama telah tewas apabila berdebat dengan Dahri dan menjadikannya semakin sombong dan bongkak dengan kepintarannya mengemukakan soalan yang sukar dijawab oleh mereka semua..Khalifah pada zaman itu ialah Yazid bin Abdul Malik semakin runsing apabila memikirkan perkara ini kerana bimbang akan keadaan umat Islam yang akan kucar-kacir apabila tiada seorang pun ulama yang dapat menjawab soalan-soalan Dahri..Beliau mengutuskan seorang utusan untuk bertemu dengan Imam Hammad kerana pada masa itu hanya tinggal Imam Hammad sahaja yang mungkin boleh menyelamatkan keadaan ini..Imam Hammad bergerak ke kota bersama-sama dengan Imam Abu Hanifah yang juga anak murid kesayangannya untuk bertemu dengan khalifah Yazid..Imam Hammad meminta masa selama 3 hari untuk mempersiapkan dirinya bagi menjawab soalan-soalanyang akan dikemukan..Ternyata di dalam hati Imam Hammad begitu resah dan runsing kerana masih belum lagi diberikan hidayah oleh Allah untuk mendapat jawapan bagi soalan-soalan yang bakal ditanya..
Pada suatu malam, beliau (Imam Hammad) bermimpi akan melihat satu dusun yang sangat luas lalu terlihat sebatang pokok yang begitu lebat buah dan daunnya, kemudian datang seekor khinzir lalu memakan semua buah,daun dan juga dahan pokok tersebut, yang tinggal hanyalah batang pokok sahaja..Selepas itu, datang pula seekor harimau lalu memakan khinzir tersebut..Keesokannya, beliau menceritakan perihal mimpi tersebut kepada anak-anak muridnya termasuk Imam Abu Hanifah..Antara kelebihan Imam Abu Hanifah ialah dapat mentafsir mimpi lalu menyatakan apakah maksud tersirat disebalik mimpi tersebut..Menurutnya, dusun yang luas itu ialah agama Islam, pokok yang berbuah lebat itu ialah sekalian ulama yang masih terdapat pada hari ini, manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu ialah diri tuan sendiri dan khinzir itu adalah Dahri dan harimau itu pula adalah saya..Izinkan saya untuk menggantikan tuan bagi menghadapi segala pertanyaan Dahri itu..
Masa yang ditunggu telah tiba, majlis debat itu diadakan di masjid bagi membolehkan orang ramai turut serta dalam majlis tersebut..Bayangkan pada masa itu umur Imam Abu Hanifah masih terlalu muda dan disebabkan kepintaran yang dimiliki beliau (beliau telah berguru dengan 200 ulama termasuk sahabat nabi iaitu Ibnu Abbas dan Abdullah bin Mas'ud) membolehkan dirinya menggantikan Imam Hammad sendiri..Ikutilah perdebatan mereka berdua :-
*Dahri : Benarkah Allah itu wujud dan jikalau benar Allah itu wujud bila dia dilahirkan?
Imam Abu Hanifah dengan tenang menjawab sesungguhnya Allah itu memang wujud. Allah tidak pula melahirkan dan dilahirkan, Dia yang pertama dan Dia juga yang terakhir, tidak ada sesuatu sebelumnya dan sesudahnya..
*Dahri : Mustahil tidak ada yang mendahuluinya dan tidak ada kemudian darinya. Buktikannya kepadaku.
*Imam : Cuba kamu lihat ibu jari ini. Adakah ada jari sebelumnya dan lihat pula jari kelingkingku ini, adakah ada jari selepasnya? Sekiranya jari ini Tuhan boleh buat begitu apatah lagi pada dirinya.
*Dahri : Jikalau begitu, pada tahun berapa tuhan dilahirkan?
*Imam : Seperti yang saya katakan tadi, Allah itu tidak melahirkan dan juga tidak dilahirkan. Allah itu wujud sebelum wujudnya sesuatu dan kewujudannya tidak terikat dengan masa dan tarikh.
*Dahri : Buktikannya !!
*Imam : Apakah nombor sebelum satu?
*Dahri : Kosong atau tiada..
*Imam : Sekiranya angka satu itu tidak ada angka sebelumnya, mengapakah kamu hairan Allah yang maha satu itu tidak ada yang mendahuluinya..
*Dahri : Kamu kata Allah itu wujud tapi beritahu saya dimanakah tuhan kamu itu berada kerana setiap yang wujud pasti ade tempatnya.
*Imam : Allah itu sentiasa wujud tetapi tidak mempunyai tempat.
*Dahri : Bukankah setiap yang wujud itu ade tempatnya? Lihatlah pokok itu tempatnya diatas tanah, manusia diatas bumi dan ikan pula didalam air.
*Imam : Jawapannya senang sahaja, cuba kamu lihat diri kamu sendiri, bukankah kamu ada nyawa?
*Dahri : Setiap yang hidup pasti ada nyawa.
*Imam : Adakah kamu tahu dimanakah letaknya nyawa kamu itu? Di kepalakah, didalam perut kamukah atau dihujung kaki kamu itu? Jikalau kamu belum masih lagi jelas, di depan saya ini ada segelas susu. Kamu percaya bahawa di dalam susu ada lemak?
*Dahri : Ya saya percaya.
*Imam : Jikalau begitu bolehkah kamu tunjukkan kepada saya dimana letaknya lemak itu? Diataskah, ditengahkah ataupun dibawah?
Ternyata jawapan Imam Abu Hanifah itu membuat Dahri terdiam dan terkesima..
*Dahri : Beritahu saya keadaan zat tuhanmu itu, adakah keras seperti besi ataupun cair seperi air ataupun di dalam bentuk wap?
*Imam : Pernahkah kamu melihat orang sakit yang akan meninggal?
*Dahri : Selalu
*Imam : Sebelum meninggal dunia, pesakit masih lagi boleh bercakap tetapi apabila sudah meninggal, tubuhnya kaku dan bisu. Mengapa jadi begitu?
*Dahri : Kerana roh telah meninggalkan jasad tersebut.
*Imam : Adakah kamu melihat roh itu keluar?
*Dahri : Tidak
*Imam : Jikalau kamu sendiri tidak tahu bagaimana bentuk roh itu, bagaimana kita nak tahu zat Allah itu sendiri?
*Dahri : Ke arah manakah Allah sedang menghadapkan wajahnya? Setiap yang wujud pasti ada wajah dan tempat menghadapnya..
*Imam : Sekiranya kamu menyalakan lampu di dalam gelap, kemana arahnya cahaya lampu itu
*Dahri : Cahaya lampu itu pasti menyinari seluruh arah dan penjuru.
*Imam : Sekiranya demikian halnya dengan lampu yang diciptakan manusia, bagaimana dengan Allah Pencipta langit dan bumi? Dia nur cahaya langit dan bumi.
*Dahri : Kamu percaya adanya syurga?
*Imam : Ya saya percaya
*Dahri : Benarkah didalam syurga itu disediakan segala bentuk makanan dan minuman? Tetapi penghuninya tidak membuang air besar ataupun air kecil, bukankah itu hanya khayalan?
*Imam : Kamu pernah berada didalam perut ibumu selama 9 bulan. Selama dalam kandungan itu ibu kamu juga makan dan minum tapi kamu tidak pernah buang air kecil dan besar. Itu baru didalam perut ibu, bagaimana pula didalam syurga?
Ternyata semua soalan Dahri dapat dijawab dengan mudah oleh Imam Abu Hanifah. Kemudian ini adalah soalan terakhir yang nak ditanyakan kepada Imam Abu Hanifah..
*Dahri : Wahai anak muda yang masih mentah, beritahu saya apakah yang sedang dilakukan oleh tuhan kamu sekarang ini?
*Imam : Soalan yang terakhir itu menarik, ia menentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah..Kerana soalan itu penting, saya perlu menjawabnya dari tempat yang tinggi supaya dapat didengari oleh semua orang.Oleh itu, marilah kita bertukar tempat. Kamu turun ke bawah dan saya naik ke atas mimbar.
*Dahri : Baiklah, dengan rasa senang hatinya saya akan turun ke bawah.
*Imam : Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa kerja Allah sekarang ini ialah menjatuhkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar , diturunkan Allah ke bawah mimbar. Allah juga menaikkan yang hak sebagaimana saya yang berada di bawah sana, dinaikkan ke atas mimbar masjid ini..
Maka bergemalah takbir di dalam masjid itu..Akhirnya Dahri pulang ke Rom dengan penuh rasa kehinaan..
No comments:
Post a Comment