Jangankan lelaki
biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikirandan perasaan
lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun
adam tetap rindukan hawa.Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh
Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan
panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya
mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana
nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang
kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia
dengan ilmu.Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.Perasaan selembut
sutera, hiasilah ia dengan akhlak.Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di
situlah kasih dan sayang Allah…Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti
tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak,
mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya
andai wanita tidak kenal Rabbnya…Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki
akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi,
pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah.Nescaya akan jinaklah
segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az-Zahra’ Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
No comments:
Post a Comment