Wednesday, 23 January 2013










semalam terbuka blog member...dia cerita best amik kos pharmasict....depa bleh buat ubat... dan bila depa diberi ubat tertentu, depa bleh tau apa side effect bila makan ubat tu....dia cakap...ubat tu kadang2 nampak sama tp bukan dia...(serupa)..haha

tp hari saya nak juga bagitau yang kos ladang pon bes gak...kalau bg saya la... sebab kos ni terasa dekat dekat dengan saya...saya ibu bapa saya dibesarkan dengan hasil ladang...hasil getah, hasil padi... dan mereka berjaya dengan titik peluh tok dan tokwan saya menoreh dan menuai padi...

bila saya masuk kos nie...saya tau betapa susahnya menggunakan keringat mencari rezeki...kalau kita diberi akal yg cerdas dan mampu menjawat jawatan yg besar alhamdullillah... tp kalau sesetengah dr masyarakat kita yg hidupnya bersusah payah bekerja di ladang mahupun kebun untuk menyuapkan anak bini...

jd gunakanlah peluang ni kita belajar bersungguh-sungguh supaya kita bukan sahaja dapat menimba ilmu, mencari pekerjaan, dapat membanggakan ibu bapa dan contoh kepada adik bila berjaya.. tetapi mampu membantu masyarakat yg rezekinya bergantung atas hasil pertanian.. dengan ikhlas apabila bekerja.. jika bepada di MARDI.. usakan variety terbaik untuk pesawah...jika di FELCRA berikan klon yg sesuai dengan kebun getahnya supaya dapat hasil semaksima mungkin.. dan kalau ditakdirkan berada di tampuk pemerintahan...ingatlah masih ramai lg rakyat terutama melayu yg masih hidup susah dek peningkatan kos sara hidup....

memang kita baru ja masuk degree dalam perladangan dan masih ada bayak sem lg untuk belajar di samping bersuka ria... tp fikiran kita harus jauh ke depan . Ungkapan jebat"hidup atas dunia bukan hanya untukmu sahaja...tetapi untuk seluruh hidupan yg ada di sekelilingmu...sedarlah kamu wahai manusia yakni hamba Allah SWT..."

No comments:

Post a Comment